Set MyQalam didatangkan bersama dengan SMART PEN yang mempunyai beberapa fungsi untuk digunakan bersama-sama dengan bahan-bahan lain yang disediakan didalam kotak istimewa.
Butang ON/OFF/MP3:
Butang ini digunakan untuk memulakan dan menamatkan operasi penggunaan SMART PEN, Anda hanya perlu menekan butang tersebut kemudian lepaskan untuk ON. Begitu juga apabila anda ingin menamatkan penggunaan, hanya menekan butang tersebut kembali dan lepaskan, Ia akan secara automatik OFF.
Istimewanya butang ini juga boleh ditukar kepada MODE MP3. Bagi anda yang mempunyai lagu atau Ceramah sebagai contoh, boleh memasukkan kedalam SMART PEN ini. Anda boleh menambah Memori Kad Tambahan yang boleh didapati dimana-mana kedai.
Butang Tukar Qari/Terjemahan :
Butang ini membolehkan anda menukar dan memilih QARI. Terdapat 7 orang QARI ternama yang boleh anda pilih untuk mendengarkan bacaaan Al-Quran. QARI Ibrahim adalah untuk bacaan WORD BY WORD. Anda juga boleh memilih MODE bacaan berserta terjemahan atau terjemahan sahaja.
Butang Play/Pause :
Butang ini membolehkan anda memulakan atau memberhentikan sementara bacaan.
Butang Rekod Suara :
SMART PEN juga membolehkan anda merekod dan mengulang dengar semula bacaan anda.
Butang + dan - :
Butang ini adalah untuk meningkatkan suara bacaan atau memperlahankan suara bacaan.
USB Port :
Slot ini adalah untuk mengecas semula SMART PEN apabila kehabisan bateri.
Earphone Jack :
Membolehkan anda menyambungkan earphone dan mendengar melalui earphone,
aasalamualaikum...
ReplyDeletesmart pen sy dah rosak... dia tidak boleh ON. caj lama pun hanya dok nyala lampu merah ja...
As salam. Pen sy tak boleh nk caj. Sekejap je keluar warn merah, selepas 5 minit lampu merah hilang. Dimana sy nk dptkan gantian pen myqalam?
ReplyDeletePen sy bercakap bahasa china. Mcm mana nk ubah bahasa melayu
ReplyDeletePen saya pun rosak.saya mcm rugi saja mahal- mahal tpi tak blh guna.
ReplyDeletePen on, pastu beep2 byk kali then dia off..baru brpe bulan.. Email tak balas.. Mcm takde kualiti je.. 😔😔😔
ReplyDeletePen on, pastu beep2 byk kali then dia off..baru brpe bulan.. Email tak balas.. Mcm takde kualiti je.. 😔😔😔
ReplyDeleteAssalamualaikum..nak Tanya pen sy cuma tak boleh nak baca... Biasanya tunjuk je dah boleh tapi sekarang dah tak boleh... Yang lain² function ok.. Minta pencerahan
ReplyDeleteI beli batry dn tukar mesih x blh
ReplyDeleteassalamualaikum..saya nak tanya pasal pen saya masalah tak boleh cass dan tak bfungsi..mcm mana nak dapat kan gantian atau ada jual di mana2?? barang macam xde kualiti ..mintak pencerahan..terima kasih..
ReplyDeletesamala kami pun...haru...pen tak de
Deletewalaikumsalam...tak ada orang reply ..sama la masalah saya smart pen saya pun rosak juga..dah dua kali saya tukar ni nak beli lagi memang tak la.. harga tak berbaloi...salah sendiri juga siapa suruh tak pandai baca Al quran kan dah terkena..cam ni..rasa rugi pulak..baik cari guru mengaji baik..
ReplyDeletebagaimanakah untuk saya dapatkan batery smartpen..
ReplyDeleteSmart pen Saya dah tukar bateri..tp Masih xboleh on..buat rugi ja beli..
ReplyDelete