Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Harini saya ingin berkongsi dengan anda satu hukum tajwid. Yang mana saya rasa hukum tajwid ini mungkin kita akan terbabas atau terlepas pandang sewaktu membaca Al-Quran biasa yang tak de tanda atau nombor melainkan jika hukum tajwid memang 'makanan' kita. Sepatutnya macam tu lah.
Yang dah tahu Alhamdulillah ya. Yang belum tahu atau terlupa atau tak ingat atau bukan lupa tapi tak ingat dan sebagai nya, mari kita saksikan.
Hukum tajwid itu ialah yang nombor 47 di atas. "Dibaca dengan huruf nun berbaris di bawah"
Bilakah waktu dan ketika nya hukum nombor 47 itu diaplikasikan?
Contoh 1 : Surah Al-A'Raaf ayat 8 seperti di atas. Fokuskan kawasan yang biru itu.
Kita mungkin pasti akan terbabas baca "yau ma i zil haq" (ikut sebutan mulut ya u all...nnti u all baca ikut makhraj yang betul...ini contoh saja)
Sebenarnya bacaan dia ini macam - "yau ma i zi NIL haq"
Nampak tak tanwin bertemu hamzah wasal di no.47 itu?
Baris 2 dibawah 'zal' tu kena buang satu dan kemudian tambah nun baris bawah. Oleh itu bacaan dia menjadi "yau ma i zi NIL haq"
Hamzah wasal itu yang di atas huruf alif tu.
Makanya, bila tanwin bertemu hamzah wasal, dibaca dengan nun berbaris dibawah
Contoh 2 : Surah Al-A'Raaf ayat 164
Bacaan nya ini macam - "qau ma NILlah"
Bukan - "qau mallah"
Contoh 3 : Surah Al-A'Raaf ayat 177
Bacaan dia ini macam - ma stha la NIL qaum
Dapat diperhatikan ketiga-tiga contoh adalah dari Surah Al-A'Raaf (Juz 7) sebab dalam surah ni kita banyak jumpa hukum tajwid ni
Sebab masa baca ayat-ayat ni Ustaz tego, "Heppp kena tambah 'nun'"
Kita semua ala tersentak "Heehhhh...tambah 'nun' kat mana Ustaz?"
Kemudian Ustaz pun beritahu para pelajar nya. "Ooooooo.." jawab anak murid
Kalau kita baca tafsir quran ni yang ada nombor-nombor mudah sikit nak hapal nombor dia. Kalau nombor ni baca nya ini macam, kalau nombor ni kena baca panjang 2 harakat, kalau nombor ni pulak panjang 6 harakat dan seterusnya. Jadi kita dah hapal nombor. Kalau guna Quran yang tak de nombor, nak kena very very alert sewaktu membaca.
Ok paham ek??? Kalau kurang faham boleh la rujuk pada mereka yang lebih arif dalam ilmu ini.
Akhir kata, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t jua. Mari kita sesama perbaiki mutu dan kualiti bacaan Al-Quran kita. Mudah-mudahan Al-Quran ini dapat membantu kita bila di sana kelak.
Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment